Sunday, 22 May 2011

Majlis Kahwin Ara :-)

Salam semua :-)

Nak tulis banyak-banyak macam malas. Nanti Ara dah rajin Ara citer k...hehhehe...So sekarang kita layan gamabar-gambar sekitar majlis perkahwinan Arapink :-)


Teringat arwah abah...tapi tahan sbb tak nak nangis kalau boleh :-(


Abg Ngah saya menyerah kan wakil wali kepada juru nikah


Berdebar :-)


Mas Kawin...


Sekali lafaz sahaja...alhamdulillah :-)


Puan Arapink ;-)


Sarung cincin :-)



Ramai yang cakap muka Ara & En. Bab sama. Ye ke?...hehehhe



Bersama mengabadikan kenangan bersama mak kesayangan Ara, mbong, tiQ & Fahmi....

Ramai kan family En. Bab :-)

Itulah Flower Girl & Butterfly Boy Ara...hehehhe



Dia datang........ ;-)





Menuju Pelamin :-)


Ok tak ? :-)


Family Arapink :-)


Rasa macam artis pulak...hehehhe


Bersama adik-adik kesayangan saya yang paling banyak membantu. Terima kasih banyak2 sayang :-)

DJ???...ini salah satu kelebihan En. Bab.... :-)


Family En. Bab yang meriah :-)


Family Ara :-)


Mak kesayangan Ara menepung tawar...huhuhu...rasa nak menitik air mata masa tu


Bapa mertua Ara :-)


Doakan kebahagiaan kami ye :-)


Nota Ara ::~ Banyak lagi entry nak tepek sini...tunggu :-)


Sunday, 15 May 2011

Selesai Semua...Alhamdulillah :-)


Majlis Perkahwinan Arapink (Nani) & Rizal
1 May 2011

Doakan agar kebahagiaan & keceriaan sentiasa mengiringi hubungan perkahwinan kami
Moga Allah melimpahi keberkatan kepada kami berdua
Kepada semua sahabat blogger, TERIMA KASIH dengan ucapan dan doa anda semua :-)



Tuesday, 19 April 2011

Al-Fatihah Untuk Abah...

Aidilfitri terakhir kami :-(

Salam semua...

Hari-hari Ara sangat menyedihkan. Abah telah pulang ke rahmatullah pada 6 April 2011, jam 11.15 pagi di Wad Kenanga 14, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh iaitu lagi 24 hari sebelum Ara mendirikan rumahtangga. Sempatlah Ara lapor diri di tempat kerja baru 3 hari. Mungkin abah tunggu Ara balik ke rumah sebelum dia pergi, untuk Ara galas tanggungjawab menjaga mak dan Fikri. Mungkin kawan-kawan semua boleh bayangkan perasaan Ara sekarang kan. Tapi Wedding Ara tetap akan di teruskan. Ara akan cuba kuatkan semangat dan teruskan hidup Ara bersama-sama kasih sayang abah hingga akhir hayat Ara :-(

Al-Fatihah untuk arwah :-(


Nota Ara ::~ Jiwa rasa kosong sekarang :-(

Wednesday, 30 March 2011

Buku Tetamu Ara....

Salam petang Rabu semua...

Tinggal 2 hari saja lagi Ara akan meninggalkan bandar Segamat ni. Banyak jugak benda yang nak dibungkus, di buang dan di bawak balik...hehehhe. Dalam masa yang sama kepala masih ligat memikirkan tentang persiapan ara yang tinggal lagi 31 hari ...goshhhhh!!!!!

Seperti tajuk di atas, Ara nak jugak mcm idea-idea DIY zaman sekarang ni orang buat buku tetamu bila time wedding diorang. Mula nak tempah, tapi Ara fikir lebih baik buat sendiri ajer kan. Cuma perlu beli sahaja bahannya untuk buat buku tu. Macam masak-masak jugak, lebih berbaloi masak sendiri daripada membeli di luar, boleh makan berulang-ulang...hahahha


 Bahan-bahannya ;-)

Ara tengok orang-orang lain buat buku tetamu macam-macam style. Ada yang buat hard cover, ada yang binding macam buat folio Sejarah tingkatan 3...hehehhe...Ara fikir-fikir nak buat yang simple ajer, hand made. Ara pegi kedai buku beli mounting board...mula beli 2 keping, pastu rase macam sikit, Ara beli lagi 3 keping. Bawak pi kedai binding, coast RM5. Baki-baki reben buat rozek aritu ada lebih lagi, pastu terjumpa Secret Metal Sticker tu, harga RM4.90. Ara rembat jer lah. Operasi pon bermula...



Inilah hasilnya....print ajer sendiri, senang sangat...cuma beli ajer kertas yang wangi ala-ala kad kawin tu, yg macam ada pearl warna pink gitu :-) dan seterusnya  menggunakan printer pejabat...hahahha...kesempatan di situ yer puan-puan...bukan apa, tak lama lagi nak tinggalkan opis ni, at least ada jugak kenangan kan ...hehehe....



Tadaaaa.....ni lah buku tetamu Ara nanti ;-) Setiap helai ada ceritanya sendiri...Orang cakap Ara ni kreatif, tapi memang betul pun, banyak jer idea nak buat benda-benda macam ni....


Siput pon ado....1st page :-)


Ini adalah ilustrasi yang Ara lukis spontan untuk setiap helai mukasurat ;-)


Ini adalah ilustrasi yang selalu dilukis oleh arwah sahabat baik Ara iaitu Arwah Nana...masih dalam kenangan ...



Matahari bersinar...tapi dah lukis baru perasan tang kening tu...cuba tengok...macam garang jer kan...hahahha



Romantik tak?...Maaf gambar tak memuaskan hati :-)


Macam Cik Ara & En.Bab kan :-)


Belon kempis....hahahha



Ni lah hasilnya...saiznya yag bersaiz A3 tu...lebih sket dari A3.....A3 suku kot...hehehe

Kepada sahabat-sahabat blog Ara yang datang nanti, sila lah mencoretkan ucapan untuk Ara ye...Selepas ini ada lagi benda nak tayang. Dan dah pasti entry pasal buku tetamu ni nanti selepas majlis itu...Tungguuuu :-)




Nota Ara ::~ Nak beli pen silver pulak untuk digunakan oleh orang nak tulis madah berhelah untuk Cik Ara & En.Bab nanti :-)


Thursday, 24 March 2011

Alhamdulillah...Syukur :-)


Salam Pagi Jumaat...

Sesuatu yang Ara dah lama nantikan. Permohonan Ara untuk bertugas di tempat sendiri akhirnya diluluskan. Alhamdulillah....Syukur kepada Allah swt. Semalam Ara baru tau pasal ni. Terima kasih kepada Cik Sue (ofismate Ara) yang call Ara bagi tau pasal hal yang paling best ni. Masa Ara tau pasal ni, Ara tengah drive dari KL ke Temerloh, lepas habis kursus di KKTM Beranang pada 21 - 23 Mac lepas.

Orang pertama yang Ara bagi tau adalah En.Bab...hehehe. Dia juga adalah orang penting. Ara happy sangat. Sambil drive sambil ngalir air mata...Sampai rumah Ara peluk mak dan bagi tau. Berita ni disambut gembira semua orang-orang yang rapat dengan Ara. Walaupun tetap jauh lagi dari En.Bab, tapi sekurang-kurangnya Ara tak dok sendiri di Segamat ni. Ara boleh jumpa En.Bab dan lebih dekat. Minggu depan adalah minggu terakhir Ara di Segamat. Mulai 4 April 2011, Ara akan mula berkhidmat di Pejabat MARA Daerah Bera, Pahang........


Nota Ara ::~ Berita paling happy :-)





Thursday, 17 March 2011

Comel Tak??? :-)

Salam Hari Jumaat semua...

Rehat pun panjang, mata pon berat aje. Tapi takde port nak zzzzzzzzzzzzzz...................hehehe. Takpe lah, layan blog dan FB pon ok jugak. En.Bab sangat bizi melayan customer-customer yang makan kat kedai nya itu. Kalau sebelum ni Ara cakap kat blog lama kedai dia di USJ 9 kan? Tapi dah berpindah pulak ke SS15, Subang Jaya. Ara rasa macam mendadak jer pindah, tapi takpe lah, dia dah biasa setting bisnes dimana-mana.
Tadi nak citer pasal lain, ke Subang Jaya lak sampainya...hehehhe....Ara nak bagi tengok bunga rozek yang Ara buat.


Warna tema wedding Ara :-)


Ni lah dia antara bahannya...macam main masak-masak pulak ye. Ara beli bahannya untuk 50 ajer. Tapi dalam kepala macam tak cukup jer. Rasa macam nak tambah lagi. Anak beranak jer dah lebih dari separuh...huhuhu....
Ara ditegur oleh En.Fikri (adik Ara)...dia tanya, "Orang lelaki pon pakai butterfly jugak ke?..Dah lah warna pink"....hehehhe. Cik Ara buat keputusan untuk beli butterfly tu 25 pcs dan bentuk daun 25 pcs. 


Tadaaaaa...... ;-p

Inilah hasilnya. Ara dah asing-asingkan dalam plastik kecil untuk ahli keluarga Ara dan sedara-mara semua. Tapi tengah fikir nak isi duit ke tidak. Maklumlah pengantin nak cut cost...hahahhaa....Tapi Ara rasa nak tambah lagi dalam 20 kot sebab bahan-bahan masih ada lebih. Membazir pulak kalau tak habiskan :-)



Nota Ara ::~ Buh RM1 jer buleh?...ahaksss....



Wednesday, 16 March 2011

44 Hari Lagi...

Salam....




Lagi 44 hari menjelang harinya. Tapi banyak lagi yang Ara belum sempurnakan. Dalam hati rasa takut dan risau. Blog ni baru dibuat, jadi ada diantaranya persiapan tu Ara dah buat lebih awal, berbulan-bulan sebelum ni. Dari segi document, dan barang. Rasa banyak tapi sebenarnya lebih 60% Ara dah buat, tinggal lagi nak menyempurnakan saja. Masa ni lah nak fikir nak kumpul duit banyak...(tapi tak sempat dah...huhuhu) fikir nak buat itu, buat ini.....

" Ya Allah, permudahkanlah segala urusan perkahwinan hamba-Mu ini..Amin"



Nota Ara ::~ Moga semuanya berjalan lancar...