Thursday 24 March 2011

Alhamdulillah...Syukur :-)


Salam Pagi Jumaat...

Sesuatu yang Ara dah lama nantikan. Permohonan Ara untuk bertugas di tempat sendiri akhirnya diluluskan. Alhamdulillah....Syukur kepada Allah swt. Semalam Ara baru tau pasal ni. Terima kasih kepada Cik Sue (ofismate Ara) yang call Ara bagi tau pasal hal yang paling best ni. Masa Ara tau pasal ni, Ara tengah drive dari KL ke Temerloh, lepas habis kursus di KKTM Beranang pada 21 - 23 Mac lepas.

Orang pertama yang Ara bagi tau adalah En.Bab...hehehe. Dia juga adalah orang penting. Ara happy sangat. Sambil drive sambil ngalir air mata...Sampai rumah Ara peluk mak dan bagi tau. Berita ni disambut gembira semua orang-orang yang rapat dengan Ara. Walaupun tetap jauh lagi dari En.Bab, tapi sekurang-kurangnya Ara tak dok sendiri di Segamat ni. Ara boleh jumpa En.Bab dan lebih dekat. Minggu depan adalah minggu terakhir Ara di Segamat. Mulai 4 April 2011, Ara akan mula berkhidmat di Pejabat MARA Daerah Bera, Pahang........


Nota Ara ::~ Berita paling happy :-)





No comments:

Post a Comment