Wednesday 30 March 2011

Buku Tetamu Ara....

Salam petang Rabu semua...

Tinggal 2 hari saja lagi Ara akan meninggalkan bandar Segamat ni. Banyak jugak benda yang nak dibungkus, di buang dan di bawak balik...hehehhe. Dalam masa yang sama kepala masih ligat memikirkan tentang persiapan ara yang tinggal lagi 31 hari ...goshhhhh!!!!!

Seperti tajuk di atas, Ara nak jugak mcm idea-idea DIY zaman sekarang ni orang buat buku tetamu bila time wedding diorang. Mula nak tempah, tapi Ara fikir lebih baik buat sendiri ajer kan. Cuma perlu beli sahaja bahannya untuk buat buku tu. Macam masak-masak jugak, lebih berbaloi masak sendiri daripada membeli di luar, boleh makan berulang-ulang...hahahha


 Bahan-bahannya ;-)

Ara tengok orang-orang lain buat buku tetamu macam-macam style. Ada yang buat hard cover, ada yang binding macam buat folio Sejarah tingkatan 3...hehehhe...Ara fikir-fikir nak buat yang simple ajer, hand made. Ara pegi kedai buku beli mounting board...mula beli 2 keping, pastu rase macam sikit, Ara beli lagi 3 keping. Bawak pi kedai binding, coast RM5. Baki-baki reben buat rozek aritu ada lebih lagi, pastu terjumpa Secret Metal Sticker tu, harga RM4.90. Ara rembat jer lah. Operasi pon bermula...



Inilah hasilnya....print ajer sendiri, senang sangat...cuma beli ajer kertas yang wangi ala-ala kad kawin tu, yg macam ada pearl warna pink gitu :-) dan seterusnya  menggunakan printer pejabat...hahahha...kesempatan di situ yer puan-puan...bukan apa, tak lama lagi nak tinggalkan opis ni, at least ada jugak kenangan kan ...hehehe....



Tadaaaa.....ni lah buku tetamu Ara nanti ;-) Setiap helai ada ceritanya sendiri...Orang cakap Ara ni kreatif, tapi memang betul pun, banyak jer idea nak buat benda-benda macam ni....


Siput pon ado....1st page :-)


Ini adalah ilustrasi yang Ara lukis spontan untuk setiap helai mukasurat ;-)


Ini adalah ilustrasi yang selalu dilukis oleh arwah sahabat baik Ara iaitu Arwah Nana...masih dalam kenangan ...



Matahari bersinar...tapi dah lukis baru perasan tang kening tu...cuba tengok...macam garang jer kan...hahahha



Romantik tak?...Maaf gambar tak memuaskan hati :-)


Macam Cik Ara & En.Bab kan :-)


Belon kempis....hahahha



Ni lah hasilnya...saiznya yag bersaiz A3 tu...lebih sket dari A3.....A3 suku kot...hehehe

Kepada sahabat-sahabat blog Ara yang datang nanti, sila lah mencoretkan ucapan untuk Ara ye...Selepas ini ada lagi benda nak tayang. Dan dah pasti entry pasal buku tetamu ni nanti selepas majlis itu...Tungguuuu :-)




Nota Ara ::~ Nak beli pen silver pulak untuk digunakan oleh orang nak tulis madah berhelah untuk Cik Ara & En.Bab nanti :-)


Thursday 24 March 2011

Alhamdulillah...Syukur :-)


Salam Pagi Jumaat...

Sesuatu yang Ara dah lama nantikan. Permohonan Ara untuk bertugas di tempat sendiri akhirnya diluluskan. Alhamdulillah....Syukur kepada Allah swt. Semalam Ara baru tau pasal ni. Terima kasih kepada Cik Sue (ofismate Ara) yang call Ara bagi tau pasal hal yang paling best ni. Masa Ara tau pasal ni, Ara tengah drive dari KL ke Temerloh, lepas habis kursus di KKTM Beranang pada 21 - 23 Mac lepas.

Orang pertama yang Ara bagi tau adalah En.Bab...hehehe. Dia juga adalah orang penting. Ara happy sangat. Sambil drive sambil ngalir air mata...Sampai rumah Ara peluk mak dan bagi tau. Berita ni disambut gembira semua orang-orang yang rapat dengan Ara. Walaupun tetap jauh lagi dari En.Bab, tapi sekurang-kurangnya Ara tak dok sendiri di Segamat ni. Ara boleh jumpa En.Bab dan lebih dekat. Minggu depan adalah minggu terakhir Ara di Segamat. Mulai 4 April 2011, Ara akan mula berkhidmat di Pejabat MARA Daerah Bera, Pahang........


Nota Ara ::~ Berita paling happy :-)





Thursday 17 March 2011

Comel Tak??? :-)

Salam Hari Jumaat semua...

Rehat pun panjang, mata pon berat aje. Tapi takde port nak zzzzzzzzzzzzzz...................hehehe. Takpe lah, layan blog dan FB pon ok jugak. En.Bab sangat bizi melayan customer-customer yang makan kat kedai nya itu. Kalau sebelum ni Ara cakap kat blog lama kedai dia di USJ 9 kan? Tapi dah berpindah pulak ke SS15, Subang Jaya. Ara rasa macam mendadak jer pindah, tapi takpe lah, dia dah biasa setting bisnes dimana-mana.
Tadi nak citer pasal lain, ke Subang Jaya lak sampainya...hehehhe....Ara nak bagi tengok bunga rozek yang Ara buat.


Warna tema wedding Ara :-)


Ni lah dia antara bahannya...macam main masak-masak pulak ye. Ara beli bahannya untuk 50 ajer. Tapi dalam kepala macam tak cukup jer. Rasa macam nak tambah lagi. Anak beranak jer dah lebih dari separuh...huhuhu....
Ara ditegur oleh En.Fikri (adik Ara)...dia tanya, "Orang lelaki pon pakai butterfly jugak ke?..Dah lah warna pink"....hehehhe. Cik Ara buat keputusan untuk beli butterfly tu 25 pcs dan bentuk daun 25 pcs. 


Tadaaaaa...... ;-p

Inilah hasilnya. Ara dah asing-asingkan dalam plastik kecil untuk ahli keluarga Ara dan sedara-mara semua. Tapi tengah fikir nak isi duit ke tidak. Maklumlah pengantin nak cut cost...hahahhaa....Tapi Ara rasa nak tambah lagi dalam 20 kot sebab bahan-bahan masih ada lebih. Membazir pulak kalau tak habiskan :-)



Nota Ara ::~ Buh RM1 jer buleh?...ahaksss....



Wednesday 16 March 2011

44 Hari Lagi...

Salam....




Lagi 44 hari menjelang harinya. Tapi banyak lagi yang Ara belum sempurnakan. Dalam hati rasa takut dan risau. Blog ni baru dibuat, jadi ada diantaranya persiapan tu Ara dah buat lebih awal, berbulan-bulan sebelum ni. Dari segi document, dan barang. Rasa banyak tapi sebenarnya lebih 60% Ara dah buat, tinggal lagi nak menyempurnakan saja. Masa ni lah nak fikir nak kumpul duit banyak...(tapi tak sempat dah...huhuhu) fikir nak buat itu, buat ini.....

" Ya Allah, permudahkanlah segala urusan perkahwinan hamba-Mu ini..Amin"



Nota Ara ::~ Moga semuanya berjalan lancar...




Baju Akad & Sanding Ara...

Sebenarnya bukan senang nak fikir warna tema. Kalo tengok orang-orang nak kawin sebelum ni macam senang je nak pilih, tapi bila tiba turn Ara payah amat rasanya. Sebab bagi Ara warna semuanya cantik. Cuma antara sesuai ngan tidak ajer. Pastu bila baca Pesona Pengantin, macam-macam tips yang dibaginya. Kena tengok warna kulit lah, hape lah.
Kengkawan mesti lah tau lah feberet kaler Ara apa kan? Mula nak buat tema merah hitam. Tapi bila tengok merah tu macam tak sesuai dengan jiwa Ara. Nampak garang dan marah ajer....no...no...no....
Jadi Ara pun decide lah nak warna pink, putih & hitam ( 3 kaler ko...tamak!) hahaha. Bila tengok pink Ara suker benor. Lembut aje. Walaupun En.Bab seram sket ngan pink ni. Dolu2 Ara tanya dia sanggup ke pakai baju kaler pink, dia jawab sanggup....tapi.....tunggu cerita Ara pasni pasal warna baju sanding Ara yer.
Masa cuti Krismas aritu yang tak best (sebab jatuh hari Sabtu) dan takde cuti extra, Ara ke KL nak cari kain baju sanding & baju akad nikah.
Kenapa nak cari kain?...kenapa tak sewa ajer kat mak andam? Sebab?....Sebab kami berdua sangat comel :-) makanya, terpaksa lah beli kain dan tempah. Macam biasa orang kanan Ara iaitu Cik Tiq dan supir Ara merangkap orang kanan jugak, En.Nash a.k.a Abg Teh lah yang pegi bersama-sama Ara....awal pagi dah gerak. Sarapan pagi di McD Jalan Setapak tu sementara nak nunggu kedai buka. Perut orang-orang kanan mesti kena jaga...hahahha
Tempat pertama yang kami tuju adalah....

Gambar ni di Google ye sebab Ara pegi siang, bukan malam ;-)

 Ara sampai je agaknya Jakel baru buka pagi tu. Bila masuk je berpuluh-puluh staf Jakel pandang kami...hahahhaha...semua ready nak layan. Ara terus ke tingkat 3 sebab kat situ tempat kain-kain lace shiffon nih. Bila naik atas ramai dah couple-couple yang dah sibuk milih kain. Ara tak datang ngan En.Bab. Dia ada hal. Sedih jugak...huhuhuk...
Berpinau mata Ara nak pilih yang mana satu idaman kalbu. Semua cantik-cantik tapi Ara ikut bajet yang ada jer. Ara beli jugak baju melayu En.Bab sebab senang nanti. Tapi waktu Ara tulis entry ni baju dia dah siap sebenarnya tapi belum ambik di Butik Den Wahab, Jalan Masjid India...takpe, itu dia settle kan...hehehehe....

Sibuknya Cik Tiq kita...hehehhe

Ara tengok semua yang nak beli kain dikembankan...hahahah. Sebab senang nak matchingkan satin dan lace mana yang berkenan kan. Kita pon syok lah try lepas satu, satu lagi :-) gembira jer hati dok try letak lace yang cantik-cantik kat badan. Sama ada berkenan atau tak tak kisah, staf Jakel memang rajin mengemas..hehehe. Kisahnya sebelum tu Ara dah redah Jakel Segamat. Dah jumpa lace yang berkenan dihati dan padan dengan kemampuan saya, tapi meternya tak cukup. Tu yang Ara meredah pulak Jakel KL nih. Rupanya stok manyak woooo....happy lagi :-)
Ara pun beli jugak kain untuk baju akad nikah. Tapi bukan lace, Ara pilih shiffon. Warna putih pearl. Warna yang sinonim dengan majlis akad nikah kan :-)


Hasil rembatan pada hari itu...kaya Jakel ;-p

Ara pun beli jugak cadar kawin. Sebab Ara beli 2 pakej baju kawin, dapatlah harga separuh cadar tu (katanyaaaaa....) yang pada mata Ara cantik sebab fully cotton. Selain tu Ara pun beli kain untuk Cik Tiq dan Mbong Ara...kain baju Melayu adik-adik Ara beli kat Jakel Segamat ajer sebab dekat. Abg Ngah Ara tak nak pakai baju melayu, dia cakap nanti susah nak buat kerja...hehhehe...Lagipun Jakel ni kalo nak tau hari-hari ada sale...hehehehe. Ok, nak balik dah...dah petang. Nanti Ara post lak entry baju dah siap k....salam :-)


Nota Ara ::~ Risau baju belum siap lagi....




Tuesday 15 March 2011

Starting...

Selamat pagi semua...

Lambatnya hari Jumaat. Ara seperti biasa tak sabar nak balik Temerloh. Minggu depan Ara ada kursus Zoom In untuk exam perjawatan awal bulan 4 nanti. Nasib baik kat tempat Ara induksi bulan 8 tahun lepas, kat KKTM Beranang. Dan seperti biasa En.Bab yang akan jadi supir Ara...heheheh...bukan selalu kan. Kami ni jauh, masa ni lah nak jumpa. Kami sangat jarang berjumpa. Selama perkenalan kami, hanya boleh dibilang dengan jari tangan dan kaki sahaja kitorang jumpa. Terhad sangat...
Bila dah dirisik, Ara pun start lah merancang macam-macam untuk majlis itu. Terlalu banyak benda yang harus difikirkan sebenarnya. Bila malam-malam kat umah sewa ni, mula nak menulis apa yg ada dalam fikiran Ara. Ternampak buku free warna merah. Kenapa buku free?...hehehe...dapat buku sebab bayor insurans...hehhe...

Nilah dia kat dalam tu :-)

   Suker-suker :-)


Gatal tangan...



Part ni yang pening. Harus diteliti check list ni. Dari hal yang sebesar-besarnya hingga hal yang sekecik-keciknya kan. Takut nanti ada yang tertinggal Cik Senah...hahahha... Dari senarai barang hingga lah ke senarai barang-barang hantaran. Termasuk doorgift, pakaian Ara, family. Pendek kata semua lah!...ada dalam buku merah free Ara nih...



Nota Ara : Ni baru sikit. Banyak lagi yang bakal Ara tuliskan dalam ni :-)

Monday 14 March 2011

Merisik...

Gila kuasa betul Ara dalam satu hari sampai lebih dari satu entry...bukan apa, sementara ada mood berblog ni. Kalau dah takde nanti jangan harap, bersawang semak bagai semua ada. Bimbang ada anakonda jer nanti kat sini...hahhaha
Bila sebut bab ni, memang best. Baru lah Ara rase yang En.Bab serius rupanya dalam perhubungan ni. Umi sms Ara tanya macam mana kalau diorang nak datang merisik. Ara tak dapat nak bagi jawapan sebab kena bincang dengan Mdm Sara & abah dulu. Bila Ara buka mulut ngan Mdm Sara a.k.a mak (dalam hati serammm jer...), mak senyum jer. Kebetulan waktu itu, kami merancang nak buat kenduri doa selamat mbong (kakak sulung Ara) pregnant 8 bulan. Mak cakap sekali jalan. Makan berlangsung lah 2 majlis dalam satu hari :-)

Inilah hasilnya pada hari itu...ahaks ;-p

Tarikhnya pada 31 Julai 2010. Selepas itu Ara dapat rase perubahan sikap En.Bab iaitu sebelum ni dia jenis yang selamba Jepun jer (dan kadang-kadang takde perasaan) tapi selepas tu dia makin ambil berat pasal Ara. Setelah merisik, Ara pun mula lah memikirkan tentang our wedding. Kami dah sepakat tak buat majlis bertunang, nanti acara bertunang sekali jalan dengan majlis akad nikah. Ok kan? ;-)


Nota Ara ::~ Merisik




Perkenalan Itu...

Salam semua...


Korang mesti nak tahu macam mana Ara kenal dengan En. Bab kan?
Ini lah tempatnya :-) Masa tu tahun 2009, dan Ara masih bekerja di tempat lama. Sesambil buat kerja, sambil melayan benda ni (kantoi disitu)...hahahah. Masa tu kalau ada chatters tegur, Ara mesti tanya soalan "Umur?". Sebab ramai chatters ni budak-budak bawah umur, pastu guna nick name ntah hape-hape. Takut nak layan. Tapi masa En. Bab tegur Ara, dia guna nama penuh dia yang panjang lebar tu...hahahah.
Lepas chat, dia bagi nombor phone. Seperti biasa, nombor itu akan ditapakan seketika sebelum langkah seterusnya...hehehe. Yang Ara ingat tarikh 23 Mac 2009 tu lah tarikh kami kenal. Kenal kat dalam YM nih. Kadang-kadang tak dapat nak chat sebab masa tu Ara selalu kerja luar dengan bos. First time Ara call, dengar suara dia yang garau tu...hahaha. Macam gatal lah pulak Ara yang call dulu. Bukan apa, manalah tau boleh dapat jodoh kan...hehhhe...
Bila tanya dia kerja apa, dia jawab kerja sendiri ajer. Ara pun macam best pulak borak dengan dia sebab dia banyak idea. Lepas tu tukar-tukar lah nombor telefon. Tapi dia pakai Celcom, Ara lak guna Maxis (tetap dan berpencen....hahahha), mahal sket lah nak sms. Lepas call kali pertama tu lah Ara terus berhubung dengan dia sampai sekarang dan insyaAllah dalam tempoh sebulan setengah lagi dia bakal suami Ara...InsyaAllah :-)
Pertemuan pertama kami pada 7 Mei 2010. Setahun 3 bulan kenal baru nak jumpa. Dari kerja kat Temerloh sampailah kena campak ke Segamat, baru nak jumpa. Itupun dia undang Ara ke majlis kawin sepupu dia di Bentong. Ara datang denga adik lelaki Ara. Punya lah takot sebab tak kenal sape-sape pun kat situ even him. Dari jauh Ara rasa umi (bakal MIL) En.Bab. Dia cakap "Nani ye?" dari jauh, Ara tak dengar tapi gerak bibir umi Ara teka lah...hehehhe. Ara angguk sambil senyum dan pegi dekat dia. Masa tu En.Bab yang malu-malu sedang bertugas...tugas???....ye tugas. Dia berbakat jadi DJ kat umah orang-orang kawin sebab hobi dia bercakap dan menyanyi...hehhehee...
Itulah pertemuan pertama kami.....cerita selanjutnya Ara menyusul lagi. Ni pon dah meroyan nak tulis blog semula. Dah lama tak berblog, blog lama pon dah bersawang dah tu. Kawan-kawan blog pun lama tak jumpa...kadang-kadang nak blog walking pun malasssssssss.....huhuhu


Nota Ara ::~ tak lama dah 2nd Anniversary :-)


Thursday 10 March 2011

Ara Cinta Nya Dia :-)

Salam Semua...

Ada yang kenal Ara tak? Macam takde jer sebab Ara tak lah glemer...hehehhe. Ni merupakan blog Ara yang ketiga selepas Blog Koi...Kamu...Kita & Semuanya & Butik Arapink.

Blog baru Ara ni blog tentang kehidupan terbaru Ara. Yang mengira hari untuk bertukar status menjadi Puan Arapink :-)

Harap lepas ni Ara ada lah masa nak undate blog baru ni. Dan lepas ni hope banyaklah cerita menarik saban hari macam dulu-dulu. Kalau tidak, sejak duduk di Segamat ni life sangat membosankan...huhuhu...

Saban waktu Ara akan update blog ni (kalau sempat yer...hehehhe)... Di pagi yang hujan sejak dari subuh tadi, Ara mencipta blog ni. Walaupun hujan tapi pagi ni sangat ceria sebab En.Bab call Ara subuh tadi dengan suara yang sangat ceria. Terima kasih sayang :-)

Blog ini juga didedikasikan untuk beliau juga ...



Nota Ara ::~ First entry...