Showing posts with label ::~ doorgift. Show all posts
Showing posts with label ::~ doorgift. Show all posts

Wednesday, 8 June 2011

Gift Lagi...

Entah sampai bila nak habis entry pasal kawin sedangkan dah sebulan lebih jadi pengantin baru...heheheh. Tapi banyak lagi benda nak di letakkan di sini. Saja je nak buat kenangan dalam blog sendiri kan. Entry hari ni pasal gift kawin lagi. Entry yang lepas tu gift untuk pekerja-pekerja yang membantu, tapi gift kali ni untuk kawan-kawan dan tetamu yang lain.

Gift ni Ara beli di Temerloh aje. Harga nya RM1.60. Tapi kira ok lah kan sebab dah termasuk kotak dan reben. Terus bagi jer kat tetamu kan. Senang....Gift ni mudah pecah sebab nipis sangat kacanya.



Ara staple jer TQ card tu...senang kan :-)



Ara suker gift ni sebab cantik. Lagipun colourful kan. Memang lawa. Ada colour merah, pink, biru, gold, silver. Nampak eksklusif walaupun harganya murah ajer.... :-)



Ni pun gift untuk tetamu. Dalam kotak vantage ni ada keropok/kerepek & gula-gula aje. Ara buat 800 kotak semuanya. Tapi ada yang lebih. Takpe lah, boleh kasi orang lain pulak.





Gula-gula :-)



Ni pulak gift untuk tetamu yang menepung tawar mase atas pelamin. Mula-mula dalam tu nak isi bunga rampai tapi macam tak sesuai pulak sebab bekas love ni berlubang-lubang. So Ara letak potpuri ajer :-)





Ni lah rupanya selepas digantung pada holder nya. Ianya akan di letakkan di kiri dan kanan pelamin. Holder ni harga nya RM25 satu...Ara beli dua....untu kiri dan kanan :-)


Nota Ara ::~ Harap semua kawan-kawan yang datang sudi terima pemberian kami sekeluarga yang tak seberapa ni :-)



Tuesday, 31 May 2011

Doorgift Ara Untuk Yang Bantu :-)

Salam semua sahabat blogger

Dah pun masuk 1 Jun 2011, maknanya dah sebulan Ara bergelar isteri. Tapi banyak lagi entry nak buat ni pasal Ara kawin. Tapi tak kisah lah kan sebab ni blog Ara...hahahha.

Hari ni Ara nak letak gambar door gift pulak. Sebenarnya sangat pening kepala dok pikir apa nak bagi kat tetamu Ara masa kenduri tu. Maklumlah kuantitnya banyak, pastu kena bajet jugak ikut kemampuan Ara. Lama memikirkan apa yang patut beli. Kita tengok gambar dulu ye :-)


Inilah barang-barang yang Ara muatkan dalam gift bag warna pink yang Ara Beli. Ara tak buat banyak, dalam 70 bag saje. Selain daripada jiran-jiran yang membantu memasak, membasuh, melayan dan sebagainya, Ara pun bagi bag ni kat tetamu istimewa yang lain



Tuala ni Ara beli kat IKEA, Kuala Lumpur. Jauh benar pegi membeli tuala kan...heheheh....bukan macam tu, kebetulan jer ke sana membeli barang-barang lain. Harganya RM1.60 sehelai. Warnanya semua putih. Tak de warna lain, rembat  je lah. So...daripada nampak kosong, Ara gulung dan ikat reben pink. Simple :-)



Ni macam special sikit sebab Ara rase jarang atau belum ada lagi orang bagi gift mcm ni kan. Kebetulan ke IKEA tu, ternampak set sudip kayu yang comel ni. Harga pon ok jugak, RM1.60 jugak untuk 3 batang sudip yang dah siap diikat. Ara pun beli dalam 50 ikat ajer. Sampai rumah, Ara dok fikir, lebih baik kalau sudip tadi dibuka ikatannya dan diikat semula untuk 2 sudip sahaja. Dan seperti biasa reben pink tak dilupakan :-) Makanya bilangan sudip jadi lebih...hehehehe



Ni lah hasilnya gift bag yang comel untuk rewang semasa wedding Ara :-)



Terima kasih :-)



Nota Ara ::~ Ara sangat suker barang ni sebab Ara rase sangat cumelllll..... ;-))