Showing posts with label ::~ perasaan. Show all posts
Showing posts with label ::~ perasaan. Show all posts

Tuesday, 19 April 2011

Al-Fatihah Untuk Abah...

Aidilfitri terakhir kami :-(

Salam semua...

Hari-hari Ara sangat menyedihkan. Abah telah pulang ke rahmatullah pada 6 April 2011, jam 11.15 pagi di Wad Kenanga 14, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh iaitu lagi 24 hari sebelum Ara mendirikan rumahtangga. Sempatlah Ara lapor diri di tempat kerja baru 3 hari. Mungkin abah tunggu Ara balik ke rumah sebelum dia pergi, untuk Ara galas tanggungjawab menjaga mak dan Fikri. Mungkin kawan-kawan semua boleh bayangkan perasaan Ara sekarang kan. Tapi Wedding Ara tetap akan di teruskan. Ara akan cuba kuatkan semangat dan teruskan hidup Ara bersama-sama kasih sayang abah hingga akhir hayat Ara :-(

Al-Fatihah untuk arwah :-(


Nota Ara ::~ Jiwa rasa kosong sekarang :-(

Thursday, 24 March 2011

Alhamdulillah...Syukur :-)


Salam Pagi Jumaat...

Sesuatu yang Ara dah lama nantikan. Permohonan Ara untuk bertugas di tempat sendiri akhirnya diluluskan. Alhamdulillah....Syukur kepada Allah swt. Semalam Ara baru tau pasal ni. Terima kasih kepada Cik Sue (ofismate Ara) yang call Ara bagi tau pasal hal yang paling best ni. Masa Ara tau pasal ni, Ara tengah drive dari KL ke Temerloh, lepas habis kursus di KKTM Beranang pada 21 - 23 Mac lepas.

Orang pertama yang Ara bagi tau adalah En.Bab...hehehe. Dia juga adalah orang penting. Ara happy sangat. Sambil drive sambil ngalir air mata...Sampai rumah Ara peluk mak dan bagi tau. Berita ni disambut gembira semua orang-orang yang rapat dengan Ara. Walaupun tetap jauh lagi dari En.Bab, tapi sekurang-kurangnya Ara tak dok sendiri di Segamat ni. Ara boleh jumpa En.Bab dan lebih dekat. Minggu depan adalah minggu terakhir Ara di Segamat. Mulai 4 April 2011, Ara akan mula berkhidmat di Pejabat MARA Daerah Bera, Pahang........


Nota Ara ::~ Berita paling happy :-)





Wednesday, 16 March 2011

44 Hari Lagi...

Salam....




Lagi 44 hari menjelang harinya. Tapi banyak lagi yang Ara belum sempurnakan. Dalam hati rasa takut dan risau. Blog ni baru dibuat, jadi ada diantaranya persiapan tu Ara dah buat lebih awal, berbulan-bulan sebelum ni. Dari segi document, dan barang. Rasa banyak tapi sebenarnya lebih 60% Ara dah buat, tinggal lagi nak menyempurnakan saja. Masa ni lah nak fikir nak kumpul duit banyak...(tapi tak sempat dah...huhuhu) fikir nak buat itu, buat ini.....

" Ya Allah, permudahkanlah segala urusan perkahwinan hamba-Mu ini..Amin"



Nota Ara ::~ Moga semuanya berjalan lancar...