Showing posts with label ::~ Intro. Show all posts
Showing posts with label ::~ Intro. Show all posts

Monday, 14 March 2011

Perkenalan Itu...

Salam semua...


Korang mesti nak tahu macam mana Ara kenal dengan En. Bab kan?
Ini lah tempatnya :-) Masa tu tahun 2009, dan Ara masih bekerja di tempat lama. Sesambil buat kerja, sambil melayan benda ni (kantoi disitu)...hahahah. Masa tu kalau ada chatters tegur, Ara mesti tanya soalan "Umur?". Sebab ramai chatters ni budak-budak bawah umur, pastu guna nick name ntah hape-hape. Takut nak layan. Tapi masa En. Bab tegur Ara, dia guna nama penuh dia yang panjang lebar tu...hahahah.
Lepas chat, dia bagi nombor phone. Seperti biasa, nombor itu akan ditapakan seketika sebelum langkah seterusnya...hehehe. Yang Ara ingat tarikh 23 Mac 2009 tu lah tarikh kami kenal. Kenal kat dalam YM nih. Kadang-kadang tak dapat nak chat sebab masa tu Ara selalu kerja luar dengan bos. First time Ara call, dengar suara dia yang garau tu...hahaha. Macam gatal lah pulak Ara yang call dulu. Bukan apa, manalah tau boleh dapat jodoh kan...hehhhe...
Bila tanya dia kerja apa, dia jawab kerja sendiri ajer. Ara pun macam best pulak borak dengan dia sebab dia banyak idea. Lepas tu tukar-tukar lah nombor telefon. Tapi dia pakai Celcom, Ara lak guna Maxis (tetap dan berpencen....hahahha), mahal sket lah nak sms. Lepas call kali pertama tu lah Ara terus berhubung dengan dia sampai sekarang dan insyaAllah dalam tempoh sebulan setengah lagi dia bakal suami Ara...InsyaAllah :-)
Pertemuan pertama kami pada 7 Mei 2010. Setahun 3 bulan kenal baru nak jumpa. Dari kerja kat Temerloh sampailah kena campak ke Segamat, baru nak jumpa. Itupun dia undang Ara ke majlis kawin sepupu dia di Bentong. Ara datang denga adik lelaki Ara. Punya lah takot sebab tak kenal sape-sape pun kat situ even him. Dari jauh Ara rasa umi (bakal MIL) En.Bab. Dia cakap "Nani ye?" dari jauh, Ara tak dengar tapi gerak bibir umi Ara teka lah...hehehhe. Ara angguk sambil senyum dan pegi dekat dia. Masa tu En.Bab yang malu-malu sedang bertugas...tugas???....ye tugas. Dia berbakat jadi DJ kat umah orang-orang kawin sebab hobi dia bercakap dan menyanyi...hehhehee...
Itulah pertemuan pertama kami.....cerita selanjutnya Ara menyusul lagi. Ni pon dah meroyan nak tulis blog semula. Dah lama tak berblog, blog lama pon dah bersawang dah tu. Kawan-kawan blog pun lama tak jumpa...kadang-kadang nak blog walking pun malasssssssss.....huhuhu


Nota Ara ::~ tak lama dah 2nd Anniversary :-)


Thursday, 10 March 2011

Ara Cinta Nya Dia :-)

Salam Semua...

Ada yang kenal Ara tak? Macam takde jer sebab Ara tak lah glemer...hehehhe. Ni merupakan blog Ara yang ketiga selepas Blog Koi...Kamu...Kita & Semuanya & Butik Arapink.

Blog baru Ara ni blog tentang kehidupan terbaru Ara. Yang mengira hari untuk bertukar status menjadi Puan Arapink :-)

Harap lepas ni Ara ada lah masa nak undate blog baru ni. Dan lepas ni hope banyaklah cerita menarik saban hari macam dulu-dulu. Kalau tidak, sejak duduk di Segamat ni life sangat membosankan...huhuhu...

Saban waktu Ara akan update blog ni (kalau sempat yer...hehehhe)... Di pagi yang hujan sejak dari subuh tadi, Ara mencipta blog ni. Walaupun hujan tapi pagi ni sangat ceria sebab En.Bab call Ara subuh tadi dengan suara yang sangat ceria. Terima kasih sayang :-)

Blog ini juga didedikasikan untuk beliau juga ...



Nota Ara ::~ First entry...