Sunday 12 June 2011

Buku Tetamu Selepas...


Hari tu Ara ada post entry tentang buku tetamu yang siap dibuat. Tapi kali ni Ara nak letak gambar buku tetamu yang dah siap ditulis oleh tetamu-tetamu Ara pada majlis kawin Ara hari tu :-)






Ni kisahnya tak cukup mounting board hitam tu, diorang tulis kat belakang yang warna putih ni...hehhehe...kesian











Geli hati bila baca ucapan diorang semua. Semuanya mendoakan kebahagiaan kami berdua. Terharu sangat. Terima kasih semua yang sudi hadir ke majlis kawin Ara :))


Nota Ara ::~ sampai hari ni pun Ara masih belek buku tetamu ni :-)


Wednesday 8 June 2011

Gift Lagi...

Entah sampai bila nak habis entry pasal kawin sedangkan dah sebulan lebih jadi pengantin baru...heheheh. Tapi banyak lagi benda nak di letakkan di sini. Saja je nak buat kenangan dalam blog sendiri kan. Entry hari ni pasal gift kawin lagi. Entry yang lepas tu gift untuk pekerja-pekerja yang membantu, tapi gift kali ni untuk kawan-kawan dan tetamu yang lain.

Gift ni Ara beli di Temerloh aje. Harga nya RM1.60. Tapi kira ok lah kan sebab dah termasuk kotak dan reben. Terus bagi jer kat tetamu kan. Senang....Gift ni mudah pecah sebab nipis sangat kacanya.



Ara staple jer TQ card tu...senang kan :-)



Ara suker gift ni sebab cantik. Lagipun colourful kan. Memang lawa. Ada colour merah, pink, biru, gold, silver. Nampak eksklusif walaupun harganya murah ajer.... :-)



Ni pun gift untuk tetamu. Dalam kotak vantage ni ada keropok/kerepek & gula-gula aje. Ara buat 800 kotak semuanya. Tapi ada yang lebih. Takpe lah, boleh kasi orang lain pulak.





Gula-gula :-)



Ni pulak gift untuk tetamu yang menepung tawar mase atas pelamin. Mula-mula dalam tu nak isi bunga rampai tapi macam tak sesuai pulak sebab bekas love ni berlubang-lubang. So Ara letak potpuri ajer :-)





Ni lah rupanya selepas digantung pada holder nya. Ianya akan di letakkan di kiri dan kanan pelamin. Holder ni harga nya RM25 satu...Ara beli dua....untu kiri dan kanan :-)


Nota Ara ::~ Harap semua kawan-kawan yang datang sudi terima pemberian kami sekeluarga yang tak seberapa ni :-)



Tuesday 7 June 2011

Kad Jemputan Kawin Ara...


Salam semua

Hari ni Ara baru masuk kerja lepas cuti sejak Khamis lepas. Cuti sebab nak kenduri sambut menantu pulak kat rumah En. Bab Ahad lepas. Sepatutnya Ara masuk kerja semalam tapi semalam anak sepupu Ara meninggal dunia (al~fatihah :-( ) jadinya hari ni lah baru kerja.

Entry kali ni adalah pasai kad kawin Ara. Macam dalam gambar di bawah. Simple jer. Nak tempah yang mahal-mahal tak mampu...huhuhu. Sila tengok gambar di bawah...jangan jemu yea...hehehhe




Ni lah kad jemputan untuk wedding Ara. Memang nak cari warna putih, dan kebetulan Ara pergi ke kedai kenalan Ara, ada pulak syok. Apa lagi, rembat terus. Harga yang dia bagi untuk sekeping RM1.20. Tapi sebab kenal punya pasal dapatlah RM1.00 ajer.



Sebetulnya kad jemputan kawin Ara ada dua jenis. Macam kat dalam gambar kat atas. Sebabnya.....kad yang warna putih tu tak cukup kuantiti yang Ara nak. Tak banyakpun, Ara nak 500 jer, tapi yang ada 200. So....300 lagi adalah seperti warna pink sebelah tu yang berbentuk pocket....



Bila tengok kad ni kosong ajer, hanya lah tulisan 'hotstamp' jer, Ara pon fikir better letak reben. Jadi kami pon dok ngadaplah kad tu tepek reben...rase nak muntah jugak...hahahha




Hasilnya....




Dan ni pulak isi kandungannya. Ada tertera nama arwah abah :-( masa kad ni ditempah abah masih ada. Tapi sekarang dia dah tinggalkan Ara selama-lamanya :-(



Kad ni adalah untuk sahabat-sahabat blogger yang jauh di luar negara. Dah tau kakak-kakak ni semua tak dapat hadir tapi undangan dan ingatan itu lebih bermakna kan :-)


Nota Pink ::~ Kad ni masih disimpan buat kenangan selamanya...


Tuesday 31 May 2011

Doorgift Ara Untuk Yang Bantu :-)

Salam semua sahabat blogger

Dah pun masuk 1 Jun 2011, maknanya dah sebulan Ara bergelar isteri. Tapi banyak lagi entry nak buat ni pasal Ara kawin. Tapi tak kisah lah kan sebab ni blog Ara...hahahha.

Hari ni Ara nak letak gambar door gift pulak. Sebenarnya sangat pening kepala dok pikir apa nak bagi kat tetamu Ara masa kenduri tu. Maklumlah kuantitnya banyak, pastu kena bajet jugak ikut kemampuan Ara. Lama memikirkan apa yang patut beli. Kita tengok gambar dulu ye :-)


Inilah barang-barang yang Ara muatkan dalam gift bag warna pink yang Ara Beli. Ara tak buat banyak, dalam 70 bag saje. Selain daripada jiran-jiran yang membantu memasak, membasuh, melayan dan sebagainya, Ara pun bagi bag ni kat tetamu istimewa yang lain



Tuala ni Ara beli kat IKEA, Kuala Lumpur. Jauh benar pegi membeli tuala kan...heheheh....bukan macam tu, kebetulan jer ke sana membeli barang-barang lain. Harganya RM1.60 sehelai. Warnanya semua putih. Tak de warna lain, rembat  je lah. So...daripada nampak kosong, Ara gulung dan ikat reben pink. Simple :-)



Ni macam special sikit sebab Ara rase jarang atau belum ada lagi orang bagi gift mcm ni kan. Kebetulan ke IKEA tu, ternampak set sudip kayu yang comel ni. Harga pon ok jugak, RM1.60 jugak untuk 3 batang sudip yang dah siap diikat. Ara pun beli dalam 50 ikat ajer. Sampai rumah, Ara dok fikir, lebih baik kalau sudip tadi dibuka ikatannya dan diikat semula untuk 2 sudip sahaja. Dan seperti biasa reben pink tak dilupakan :-) Makanya bilangan sudip jadi lebih...hehehehe



Ni lah hasilnya gift bag yang comel untuk rewang semasa wedding Ara :-)



Terima kasih :-)



Nota Ara ::~ Ara sangat suker barang ni sebab Ara rase sangat cumelllll..... ;-))




Monday 23 May 2011

Hantaran Kawin Ara :-)

Salam Pagi Selasa...

Pagi ni Ara sibuk menelefon En.Bab di rumah. Tali pinggang kat mana, seluar kat mana, baju kat mana, macam-macam. Dah jadi isteri ni makin sibuk hari-hari Ara. Tapi seronok. 2-3 hari ni En.Bab ada kat rumah Ara. Hari ni dia ke Kuantan pulak ada hal. Nanti balik semula. Hujung minggu pulak Ara berulang ke rumah mertua di Raub. Macam tu lah. Lagi pulak majlis sambut menantu lagi 2 minggu, makin sibuk lah kami. Selagi tak settle selagi tu lah kalut. Tapi memang seronok.

Oh ya, dah lari tajuk ni. Entry hari ni sebenarnya nak taruk gambar barang-barang hantaran ara dan jugak hantaran2 belah En.Bab. Ara suker benor tengok hantaran kawin yg banyak bunga, macam barang-barang hantaran penyanyi Elyana tu. Tapi yang dia punya gah sangat, Ara ni buat ala-ala aje. Buat pun sendiri aje. Tak kisah lah, janji puas hati sebab tangan sendiri yang gubah :-) Layan lah ye gambar-gambar2 hantaran wedding Ara ni...























Gambar hantaran 2 pihak :-)


Nota Ara ::~ Banyak lagi nak tepek nih....hehhehe