Tuesday 7 June 2011

Kad Jemputan Kawin Ara...


Salam semua

Hari ni Ara baru masuk kerja lepas cuti sejak Khamis lepas. Cuti sebab nak kenduri sambut menantu pulak kat rumah En. Bab Ahad lepas. Sepatutnya Ara masuk kerja semalam tapi semalam anak sepupu Ara meninggal dunia (al~fatihah :-( ) jadinya hari ni lah baru kerja.

Entry kali ni adalah pasai kad kawin Ara. Macam dalam gambar di bawah. Simple jer. Nak tempah yang mahal-mahal tak mampu...huhuhu. Sila tengok gambar di bawah...jangan jemu yea...hehehhe




Ni lah kad jemputan untuk wedding Ara. Memang nak cari warna putih, dan kebetulan Ara pergi ke kedai kenalan Ara, ada pulak syok. Apa lagi, rembat terus. Harga yang dia bagi untuk sekeping RM1.20. Tapi sebab kenal punya pasal dapatlah RM1.00 ajer.



Sebetulnya kad jemputan kawin Ara ada dua jenis. Macam kat dalam gambar kat atas. Sebabnya.....kad yang warna putih tu tak cukup kuantiti yang Ara nak. Tak banyakpun, Ara nak 500 jer, tapi yang ada 200. So....300 lagi adalah seperti warna pink sebelah tu yang berbentuk pocket....



Bila tengok kad ni kosong ajer, hanya lah tulisan 'hotstamp' jer, Ara pon fikir better letak reben. Jadi kami pon dok ngadaplah kad tu tepek reben...rase nak muntah jugak...hahahha




Hasilnya....




Dan ni pulak isi kandungannya. Ada tertera nama arwah abah :-( masa kad ni ditempah abah masih ada. Tapi sekarang dia dah tinggalkan Ara selama-lamanya :-(



Kad ni adalah untuk sahabat-sahabat blogger yang jauh di luar negara. Dah tau kakak-kakak ni semua tak dapat hadir tapi undangan dan ingatan itu lebih bermakna kan :-)


Nota Pink ::~ Kad ni masih disimpan buat kenangan selamanya...


1 comment:

  1. hehehe tetiba nampak alamat rumah akak dalam gbr tuh.. :) Thanks ye Ara bagi akak kad tuh..

    Semoga ayahanda Ara tenang di sana ye.. Jangan sedih2

    ReplyDelete