Tuesday, 19 April 2011

Al-Fatihah Untuk Abah...

Aidilfitri terakhir kami :-(

Salam semua...

Hari-hari Ara sangat menyedihkan. Abah telah pulang ke rahmatullah pada 6 April 2011, jam 11.15 pagi di Wad Kenanga 14, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh iaitu lagi 24 hari sebelum Ara mendirikan rumahtangga. Sempatlah Ara lapor diri di tempat kerja baru 3 hari. Mungkin abah tunggu Ara balik ke rumah sebelum dia pergi, untuk Ara galas tanggungjawab menjaga mak dan Fikri. Mungkin kawan-kawan semua boleh bayangkan perasaan Ara sekarang kan. Tapi Wedding Ara tetap akan di teruskan. Ara akan cuba kuatkan semangat dan teruskan hidup Ara bersama-sama kasih sayang abah hingga akhir hayat Ara :-(

Al-Fatihah untuk arwah :-(


Nota Ara ::~ Jiwa rasa kosong sekarang :-(

6 comments:

  1. Allah telah mengatur segalanya kan Ara! Subhanallah!

    Semoga arwah abah tenang di sana. Sempat juga dia melihat Ara tlh kemabli ke Temerloh..Alhamdulillah!

    Moga Ara tabah utk lakukan tanggungjawab sbgai seorang anak utk menjaga mak dan adik. dan tabah juga menjadi seorang isteri nnt..InsyaAllah!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak jaja...

    Allah dah aturkan segalanya. Ara sangat amat sayangkan abah tapi Ara redha abah pergi. Arwah ada cakap nak buat pulut kuning hantar ke surau sebab Ara tanda syukur sebab Ara dah dpt balik Temerloh....

    Kak Jaja, setika menulis komen ni, air mata Ara mengalir lagi :-(

    ReplyDelete
  3. Semoga Ara kuat semangat ye.. Mungkin betullah dia mmg tunggu Ara balik ke Temerloh kan sebelum dia pergi.. Kuatkan semangat ye.. Ara masih ada mak adik beradik dan bakal suami.. Jangan lupa mereka yang masih ada di sisi

    ReplyDelete
  4. TQ kak iina...ara akan kuatkan semangat utk teruskan life ara disamping org2 yg ara sayang...ara doa arwah tenang di sana :-(

    ReplyDelete
  5. Ara,
    Salam takziah untuk Ara sekeluarga, dari akak. Kuatkan semangat ye. *hugs!*

    ReplyDelete
  6. salam takziah buat ara sekeluarga,semoga arwah abah ara dicucuri rahmat-NYA...cikmin terpandangkan kad jemputan kahwin ara..insya'ALLAH kalau diizinkan sampai lah cikmin..

    SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ARA DAN SUAMINYA..SEMOGA KEKAL BAHAGIA SELAMANYA...

    ReplyDelete