Aidilfitri terakhir kami :-(
Salam semua...
Hari-hari Ara sangat menyedihkan. Abah telah pulang ke rahmatullah pada 6 April 2011, jam 11.15 pagi di Wad Kenanga 14, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh iaitu lagi 24 hari sebelum Ara mendirikan rumahtangga. Sempatlah Ara lapor diri di tempat kerja baru 3 hari. Mungkin abah tunggu Ara balik ke rumah sebelum dia pergi, untuk Ara galas tanggungjawab menjaga mak dan Fikri. Mungkin kawan-kawan semua boleh bayangkan perasaan Ara sekarang kan. Tapi Wedding Ara tetap akan di teruskan. Ara akan cuba kuatkan semangat dan teruskan hidup Ara bersama-sama kasih sayang abah hingga akhir hayat Ara :-(
Al-Fatihah untuk arwah :-(
Nota Ara ::~ Jiwa rasa kosong sekarang :-(