Gila kuasa betul Ara dalam satu hari sampai lebih dari satu entry...bukan apa, sementara ada mood berblog ni. Kalau dah takde nanti jangan harap, bersawang semak bagai semua ada. Bimbang ada anakonda jer nanti kat sini...hahhaha
Bila sebut bab ni, memang best. Baru lah Ara rase yang En.Bab serius rupanya dalam perhubungan ni. Umi sms Ara tanya macam mana kalau diorang nak datang merisik. Ara tak dapat nak bagi jawapan sebab kena bincang dengan Mdm Sara & abah dulu. Bila Ara buka mulut ngan Mdm Sara a.k.a mak (dalam hati serammm jer...), mak senyum jer. Kebetulan waktu itu, kami merancang nak buat kenduri doa selamat mbong (kakak sulung Ara) pregnant 8 bulan. Mak cakap sekali jalan. Makan berlangsung lah 2 majlis dalam satu hari :-)
Inilah hasilnya pada hari itu...ahaks ;-p
Tarikhnya pada 31 Julai 2010. Selepas itu Ara dapat rase perubahan sikap En.Bab iaitu sebelum ni dia jenis yang selamba Jepun jer (dan kadang-kadang takde perasaan) tapi selepas tu dia makin ambil berat pasal Ara. Setelah merisik, Ara pun mula lah memikirkan tentang our wedding. Kami dah sepakat tak buat majlis bertunang, nanti acara bertunang sekali jalan dengan majlis akad nikah. Ok kan? ;-)
Nota Ara ::~ Merisik
No comments:
Post a Comment