Sunday, 12 June 2011

Buku Tetamu Selepas...


Hari tu Ara ada post entry tentang buku tetamu yang siap dibuat. Tapi kali ni Ara nak letak gambar buku tetamu yang dah siap ditulis oleh tetamu-tetamu Ara pada majlis kawin Ara hari tu :-)






Ni kisahnya tak cukup mounting board hitam tu, diorang tulis kat belakang yang warna putih ni...hehhehe...kesian











Geli hati bila baca ucapan diorang semua. Semuanya mendoakan kebahagiaan kami berdua. Terharu sangat. Terima kasih semua yang sudi hadir ke majlis kawin Ara :))


Nota Ara ::~ sampai hari ni pun Ara masih belek buku tetamu ni :-)


Wednesday, 8 June 2011

Gift Lagi...

Entah sampai bila nak habis entry pasal kawin sedangkan dah sebulan lebih jadi pengantin baru...heheheh. Tapi banyak lagi benda nak di letakkan di sini. Saja je nak buat kenangan dalam blog sendiri kan. Entry hari ni pasal gift kawin lagi. Entry yang lepas tu gift untuk pekerja-pekerja yang membantu, tapi gift kali ni untuk kawan-kawan dan tetamu yang lain.

Gift ni Ara beli di Temerloh aje. Harga nya RM1.60. Tapi kira ok lah kan sebab dah termasuk kotak dan reben. Terus bagi jer kat tetamu kan. Senang....Gift ni mudah pecah sebab nipis sangat kacanya.



Ara staple jer TQ card tu...senang kan :-)



Ara suker gift ni sebab cantik. Lagipun colourful kan. Memang lawa. Ada colour merah, pink, biru, gold, silver. Nampak eksklusif walaupun harganya murah ajer.... :-)



Ni pun gift untuk tetamu. Dalam kotak vantage ni ada keropok/kerepek & gula-gula aje. Ara buat 800 kotak semuanya. Tapi ada yang lebih. Takpe lah, boleh kasi orang lain pulak.





Gula-gula :-)



Ni pulak gift untuk tetamu yang menepung tawar mase atas pelamin. Mula-mula dalam tu nak isi bunga rampai tapi macam tak sesuai pulak sebab bekas love ni berlubang-lubang. So Ara letak potpuri ajer :-)





Ni lah rupanya selepas digantung pada holder nya. Ianya akan di letakkan di kiri dan kanan pelamin. Holder ni harga nya RM25 satu...Ara beli dua....untu kiri dan kanan :-)


Nota Ara ::~ Harap semua kawan-kawan yang datang sudi terima pemberian kami sekeluarga yang tak seberapa ni :-)



Tuesday, 7 June 2011

Kad Jemputan Kawin Ara...


Salam semua

Hari ni Ara baru masuk kerja lepas cuti sejak Khamis lepas. Cuti sebab nak kenduri sambut menantu pulak kat rumah En. Bab Ahad lepas. Sepatutnya Ara masuk kerja semalam tapi semalam anak sepupu Ara meninggal dunia (al~fatihah :-( ) jadinya hari ni lah baru kerja.

Entry kali ni adalah pasai kad kawin Ara. Macam dalam gambar di bawah. Simple jer. Nak tempah yang mahal-mahal tak mampu...huhuhu. Sila tengok gambar di bawah...jangan jemu yea...hehehhe




Ni lah kad jemputan untuk wedding Ara. Memang nak cari warna putih, dan kebetulan Ara pergi ke kedai kenalan Ara, ada pulak syok. Apa lagi, rembat terus. Harga yang dia bagi untuk sekeping RM1.20. Tapi sebab kenal punya pasal dapatlah RM1.00 ajer.



Sebetulnya kad jemputan kawin Ara ada dua jenis. Macam kat dalam gambar kat atas. Sebabnya.....kad yang warna putih tu tak cukup kuantiti yang Ara nak. Tak banyakpun, Ara nak 500 jer, tapi yang ada 200. So....300 lagi adalah seperti warna pink sebelah tu yang berbentuk pocket....



Bila tengok kad ni kosong ajer, hanya lah tulisan 'hotstamp' jer, Ara pon fikir better letak reben. Jadi kami pon dok ngadaplah kad tu tepek reben...rase nak muntah jugak...hahahha




Hasilnya....




Dan ni pulak isi kandungannya. Ada tertera nama arwah abah :-( masa kad ni ditempah abah masih ada. Tapi sekarang dia dah tinggalkan Ara selama-lamanya :-(



Kad ni adalah untuk sahabat-sahabat blogger yang jauh di luar negara. Dah tau kakak-kakak ni semua tak dapat hadir tapi undangan dan ingatan itu lebih bermakna kan :-)


Nota Pink ::~ Kad ni masih disimpan buat kenangan selamanya...