Dah pun masuk 1 Jun 2011, maknanya dah sebulan Ara bergelar isteri. Tapi banyak lagi entry nak buat ni pasal Ara kawin. Tapi tak kisah lah kan sebab ni blog Ara...hahahha.
Hari ni Ara nak letak gambar door gift pulak. Sebenarnya sangat pening kepala dok pikir apa nak bagi kat tetamu Ara masa kenduri tu. Maklumlah kuantitnya banyak, pastu kena bajet jugak ikut kemampuan Ara. Lama memikirkan apa yang patut beli. Kita tengok gambar dulu ye :-)
Inilah barang-barang yang Ara muatkan dalam gift bag warna pink yang Ara Beli. Ara tak buat banyak, dalam 70 bag saje. Selain daripada jiran-jiran yang membantu memasak, membasuh, melayan dan sebagainya, Ara pun bagi bag ni kat tetamu istimewa yang lain
Tuala ni Ara beli kat IKEA, Kuala Lumpur. Jauh benar pegi membeli tuala kan...heheheh....bukan macam tu, kebetulan jer ke sana membeli barang-barang lain. Harganya RM1.60 sehelai. Warnanya semua putih. Tak de warna lain, rembat je lah. So...daripada nampak kosong, Ara gulung dan ikat reben pink. Simple :-)
Ni macam special sikit sebab Ara rase jarang atau belum ada lagi orang bagi gift mcm ni kan. Kebetulan ke IKEA tu, ternampak set sudip kayu yang comel ni. Harga pon ok jugak, RM1.60 jugak untuk 3 batang sudip yang dah siap diikat. Ara pun beli dalam 50 ikat ajer. Sampai rumah, Ara dok fikir, lebih baik kalau sudip tadi dibuka ikatannya dan diikat semula untuk 2 sudip sahaja. Dan seperti biasa reben pink tak dilupakan :-) Makanya bilangan sudip jadi lebih...hehehehe
Ni lah hasilnya gift bag yang comel untuk rewang semasa wedding Ara :-)
Terima kasih :-)
Nota Ara ::~ Ara sangat suker barang ni sebab Ara rase sangat cumelllll..... ;-))